Pemilik Nokia 3 Di Malaysia Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Bermula Hari Ini Comments Off on Pemilik Nokia 3 Di Malaysia Terima Kemas Kini Android 8.0 Oreo Bermula Hari Ini

Nokia 3 yang dijual pada harga RM499 sudahpun mula dijual secara rasmi di negara ini pada pertengahan Jun 2017 yang lalu, dan ia telah dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat sebagai sebahagian daripada program Android One.

Pada 11 April yang lepas, HMD Global (Nokia Mobile) telah mengumumkan kemas kini rasmi Android 8.0 Oreo untuk peranti mampu milik ini. Walau bagaimanapun kemas kini tersebut hanya diterima secara berperingkat untuk pemilik Nokia 3. Akhirnya kemas kini terbaru ini sudahpun boleh dimuat turun oleh pemilik Nokia 3 di Malaysia bermula dari hari ini.

Kemas kini Android 8.0 Oreo menawarkan beberapa fungsi baharu seperti sokongan Picture-in-Picture (PIP), pemberitahuan notifikasi dalam bentuk dot pada ikon, dan banyak lagi. Nokia 3 dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6737, ruang storan 16GB, RAM 2GB, kamera utama serta kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 2650 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend