Pemilik Huawei Porsche Design Di China Mendapat Layanan Eksklusif Yang Lebih Istimewa Comments Off on Pemilik Huawei Porsche Design Di China Mendapat Layanan Eksklusif Yang Lebih Istimewa

Siri Huawei Mate telah diperkenalkan buat pertama kalinya di pasaran lebih kurang empat tahun yang lepas dengan pengenalan model Mate 9 Porsche Design. Berbeza dengan peranti keluaran Huawei yang lain, siri Porsche Design ini merupakan model premium eksklusif hasil kolaborasi bersama pembuat kereta berprestasi tinggi dari Jerman.

Huawei Mate RS Porsche Design merupakan model terbaru yang menawarkan pelbagai ciri menarik seperti teknologi pengimbas cap jari pada skrin dan juga pengecasan tanpa wayar.

Apa yang menariknya, pelanggan yang berkunjung ke pusat jualan/servis Huawei untuk membuat pembelian ataupun memiliki urusan berkaitan model Porsche Design akan mendapat layanan perkhidmatan yang eksklusif. Bahkan saluran khusus yang diperkenalkan ini juga telah mendapat latihan profesional bagi memastikan layanan khidmat pelanggan yang terbaik.

Terbuka untuk pemilik model Mate 9 Porsche Design, Mate 10 Porsche Design dan juga Mate RS Porsche Design, mereka akan turut mendapat layanan istimewa yang akan disambut sendiri oleh pihak pengurus, menerima buku cenderamata dan juga talian hotline khas. Namun begitu, perkhidmatan layanan istimewa untuk siri Porsche Design ini hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend