Pemilik Huawei P30 dan P30 Pro Di China Terima Mod Rakaman Video ‘Dual-View’ Melalui Kemas Kini Baharu Comments Off on Pemilik Huawei P30 dan P30 Pro Di China Terima Mod Rakaman Video ‘Dual-View’ Melalui Kemas Kini Baharu

Baru semalam kami telah melaporkan bahawa pemilik Huawei P30 Pro dan juga Honor View20 telah mula menerima kemas kini baharu yang tampil dengan sokongan aplikasi ‘AR Measure’ yang lebih tepat melalui bantuan sensor kamera 3D ToF.

Huawei P30 (kiri) dan Huawei P30 Pro (kanan).

Nampaknya baru-baru ini pemilik Huawei P30 dan P30 Pro di China juga dilaporkan telah mula menerima satu lagi kemas kini baharu iaitu EMUI versi 9.1.0.153. Melalui log pembaharuan pada kemas kini tersebut, kedua-dua peranti ini tersedia dengan mod rakaman video ‘Dual-View’ yang membolehkan pengguna merakam dua mod video secara serentak iaitu mod dekat (close-up) dan juga mod panorama.

Huawei P30 Changelog:

  • [Camera]
    • Added the camera dual-view recording mode, and the double-frame display shows the panorama and close-up (camera > more > dual-view video).
  • [Smart Video]
    • Intelligently extracts the essence clips and automatically matches the special effects templates to create more exciting MVs.
  • [Gesture Navigation]
    • Optimize the animation effect and smoothness of sliding back to the desktop with gesture navigation.

Huawei P30 Pro Changelog:

  • [Camera]
    • Added camera dual-view recording mode, one-frame dual-picture display panorama and close-up (camera > more > dual-view video); new super portrait shooting mode can make blur edges, progressive Portrait photos with better layer effects (Camera > Portrait Mode > Blur Button > Super).
  • [Smart Video]
    • Intelligently extracts the essence clips and automatically matches the special effects templates to create more exciting MVs.
  • [Gesture navigation]
    • Optimize the animation effect and smoothness of sliding back to the desktop with gesture navigation.

Sebenarnya mod rakaman video ‘Dual-View’ sebelum ini pernah dikongsikan oleh Huawei melalui video acah, tetapi mod hanya ditawarkan melalui kemas kini berasingan. Buat masa ini kemas kini baharu ini hanya tersedia untuk pemilik Huawei P30 dan P30 Pro di China, dan kemas kini akan turut diberikan kepada pengguna global yang lain secara berperingkat-peringkat pada masa akan datang.

Tonton mod rakaman video ‘Dual-View’:

Beli Huawei P30 dan P30 Pro dengan HADIAH PERCUMA sempena ‘Huawei Online Official Store 5th Birthday Celebration’:

sumber

Baca juga:

Huawei P30 Pro dan Honor View20 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Aplikasi ‘AR Measure’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend