Pemilik Huawei P20 Pro Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Untuk Mengoptimumkan Fungsi NFC Dan Teks Pada Skrin Comments Off on Pemilik Huawei P20 Pro Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Untuk Mengoptimumkan Fungsi NFC Dan Teks Pada Skrin

Pemilik peranti Huawei P20 Pro telahpun mula menerima kemas kini rasmi EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie sejak Disember 2018 yang lalu. Kini lebih kurang sebulan, pemilik peranti ini sekali lagi telah menerima kemas kini kecil bersaiz 3.36MB yang merupakan tampalan sistem penting yang perlu dikemaskinikan segera.

Berdasarkan daripada log perubahan yang dikongsikan, kemas kini tersebut memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu untuk mengoptimumkan fungsi NFC dan juga isu teks yang dihadapi pada paparan skrin tertentu. Walau bagaimanapun, kemas kini ini masih mengekalkan keselamatan sistem Android untuk bulan Disember 2018 yang sama seperti sebelum ini.

Memandangkan ada di antara pengguna yang telah melaporkan berhadapan dengan isu aplikasi sering dimatikan dengan sendirinya selepas dikemaskinikan ke versi 9.0.0.168(C636E2R1P12patch01), kami sarankan anda untuk menjalankan proses ‘Wipe Cache Partition’ sebagaimana yang diajarkan sebelum ini.

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend