Pemilik HUAWEI P20 Pro Di India Sah Akan Terima EMUI 10 Rasmi Bermula Pertengahan Bulan Ini Comments Off on Pemilik HUAWEI P20 Pro Di India Sah Akan Terima EMUI 10 Rasmi Bermula Pertengahan Bulan Ini

HUAWEI sebelum ini baru sahaja dilaporkan telah menawarkan kemas kini rasmi EMUI 10 berasaskan Android 10 untuk HUAWEI Y9 Prime 2019 untuk pemilik peranti itu. Menariknya melalui maklum balas di Twitter, pemilik HUAWEI P20 Pro di India turut disahkan akan menerima kemas kini EMUI 10 dalam masa terdekat.

Melalui tweet yang dikongsikan, HUAWEI India telah memaklumkan bahawa program pengujian beta EMUI 10 (Android 10) untuk HUAWEI P20 Pro telah ditutup. Bahkan kini ia berada di fasa terakhir penyediaan kemas kini versi stabil itu yang dijangka akan diterima bermula pertengahan Januari 2020 ini.

Manakala melalui maklum balas tweet berasingan, HUAWEI Denmark turut mengesahkan ketersediaan kemas kin EMUI 10 untuk HUAWEI P20 Pro yang akan bermula Mac 2020 nanti di pasaran Eropah. Tambahnya lagi, ketersediaan kemas kini itu akan diberikan secara berperingkat-peringkat dan akan mengambil masa sekitar 4 minggu.

Baca juga:

Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil Akan Diterima Oleh Siri Mate 10, Siri P20 Dan P30 Lite Bermula Mac 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend