Pemilik Huawei P20, P20 Pro, Mate 10 Dan Mate 10 Pro Di Malaysia Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Dalam Masa Terdekat?! Comments Off on Pemilik Huawei P20, P20 Pro, Mate 10 Dan Mate 10 Pro Di Malaysia Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Dalam Masa Terdekat?!

Sebagaimana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, Huawei Malaysia telahpun membuka satu program beta bagi membolehkan pemilik peranti terpilih seperti siri Huawei P20 dan juga siri Huawei Mate 10 untuk menguji EMUI 9.0 pada pertengahan Oktober yang lalu.

Selepas lebih kurang sebulan ia diuji oleh penguji beta tempatan, hari ini kami telah berjaya menemui fail kemas kini rasmi versi stabil EMUI 9.0 dengan bantuan aplikasi Firmware Finder. Melalui carian yang kami lakukan, setakat ini kami berjaya mengesahkan empat model iaitu Huawei P20, P20 Pro, Mate 10 dan Mate 10 Pro akan menerima kemas kini ini dalam masa terdekat.

Kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie ini tampil dengan nombor binaan B159 (9.0.0.159) dan ia menjanjikan pelbagai pemabaharuan serta penambahbaikan pada antaramuka dan juga fungsi yang ditawarkan. Ini termasuklah rekaan antaramuka intuitif, fungsi HiVision, Password Vault, keupayaan Wireless Projection dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend