Pemilik Huawei P10 Di Malaysia Dilaporkan Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Dalam Versi Beta Comments Off on Pemilik Huawei P10 Di Malaysia Dilaporkan Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Dalam Versi Beta

Huawei Malaysia sebelum ini telahpun mengumumkan ketersediaan kemas kini rasmi EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk telefon pintar keluarannya pada minggu lepas. Jika dilihat pada senarai rasmi yang diumumkan itu, pemilik siri P10 dan juga Mate 9 telahpun disahkan akan menerima kemas kini tersebut pada bulan Mac tahun depan.

Apa yang menariknya, baru-baru ini terdapat screenshot yang mendedahkan bahawa ada pemilik siri P10 (VTR-L29) telah mula menerima kemas kini EMUI 9.0. Walau bagaimanapun, kami yakin ia merupakan Android 9.0 Pie versi beta memandangkan terdapat perkataan ‘log’ pada kemas kini yang hadir dalam versi VTR-L29 9.0.1.119(C636E2R1P8log) itu.

Penawaran kemas kini EMUI 9.0 dalam versi beta untuk Huawei P10 ini secara tidak langsung telah mengesahkan kesahihan penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie seperti yang dijanjikan oleh Huawei Malaysia sebelum ini.

Baca juga:

Huawei Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Untuk Kesemua Modelnya Yang Terpilih

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend