Pemilik Huawei Mate 9, Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design Di China Mula Terima EMUI 9.1 Beta Comments Off on Pemilik Huawei Mate 9, Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design Di China Mula Terima EMUI 9.1 Beta

Kemas kini 1: Selain model yang dinyatakan di dalam artikel ini, pemilik peranti Huawei P20, P20 Pro, Honor 10 dan juga Honor V10 di China juga telah dilaporkan telah mula menerima kemas kini EMUI 9.1 beta.

Kemas kini 2: Huawei Nova 3, Nova 3i dan Nova 2s turut menerima kemas kini EMUI 9.1 beta.

Huawei sebelum ini telah dilaporkan akan melancarkan EMUI 9.1 secara rasmi pada 26 April ini, bahkan pemilik siri Huawei Mate 20 di China telahpun dilaporkan menerima kemas kini EMUI 9.1 versi beta untuk diuji sebelum ia dilancarkan.

Selepas lebih kurang pemilik peranti siri Huawei Mate 20 di China telah menguji antaramuka baharu yang menampilkan sokongan pelbagai ciri-ciri baharu seperti sistem fail EROFS, Ark Compiler dan juga GPU Turbo 3.0, kini pemilik siri Huawei Mate 9 di negara itu pula telah dilaporkan menerima versi beta untuk EMUI 9.1.

Selain siri Huawei Mate 9, beberapa telefon pintar keluaran Honor juga dilaporkan telah mula menerima kemas kini EMUI 9.1 beta iaitu model Honor 9, Honor V9 dan juga Honor 8X. Namun begitu, tidak dinyatakan pula tempoh pengujian yang akan diambil sebelum kemas kini versi stabil diperkenalkan nanti.

Baca juga:

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Senarai Rasmi 15 Model Telefon Pintar Dan Tablet Honor Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend