Pemilik Huawei Mate 9 Di China Sudah Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Versi Stabil Secara Rasmi Comments Off on Pemilik Huawei Mate 9 Di China Sudah Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Versi Stabil Secara Rasmi

untuk pemilikan peranti mercu keluaran Huawei yang diperkenalkan pada tahun 2016 yang lalu masih berbaloi untuk dimiliki, ini berikutan penerimaan kemas kini terbaru yang diterima oleh model Huawei Mate 9. Selepas ditawarkan dengan sokongan kemas kini versi beta beberapa bulan, hari ini pemilik Huawei Mate 9 di China dilaporkan telah mula menerima kemas kini EMUI 9.0 versi stabil secara rasmi.

Huawei Mate 9 dengan model MHA-AL00 itu telah menerima kemas kini versi 9.0.1.150(C00E62R1P12) yang dioperasikan dengan Android 9.0 Pie. Ini bermakna Huawei Mate 9 telah menerima dua kemas kini versi Android utama sejak ia dilancarkan secara rasmi dengan sokongan Android 7.0 Nougat.

Menurut ithome, kemas kini EMUI 9.0 untuk Huawei Mate 9 ini bukan sahaja menjanjikan persembahan antaramuka yang telah diperbaharui, tetapi ia turut menerima pelbagai fungsi baharu seperti HiVision, Huawei Share dan banyak lagi ciri yang disokong oleh Android 9.0 Pie.

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Huawei Malaysia telah mengesahkan penawaran kemas kini EMUI 9.0 untuk model Huawei Mate 9, Mate 9 Pro, P10 dan juga P10 Plus menjelang Mac 2019 nanti.

Sumber

Baca juga:

Huawei Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Untuk Kesemua Modelnya Yang Terpilih

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend