Pemilik Huawei Mate 20 Pro Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Mod ‘Super Macro’ Berasingan Comments Off on Pemilik Huawei Mate 20 Pro Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Mod ‘Super Macro’ Berasingan

Sebagaimana yang telah kami kongsikan pada minggu lepas, Huawei Mate 20 Pro telah dilaporkan telah menerima kemas kini versi 9.0.0.183(C636E10R3P2) dengan saiz kemas kini kurang 350MB. Selain menawarkan tampalan keselamatan Android untuk bulan Januari 2019, ia juga memastikan navigasi sistem kawalan skrin penuh yang lebih lancar.

Melalui kemas kini ini juga, pemilik Huawei Mate 20 Pro tidak lagi perlu mengaktifkan Master AI untuk menggunakan mod ‘Super Macro’ kerana ia telah disediakan dengan ikon pengaktifan yang berasingan. Namun begitu, ketersediaan kemas kini baharu ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Mencatatkan Skor 109 Dalam Ujian Prestasi Kamera DxOMark

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend