Pemilik Honor View 10, Honor 10 Dan Honor Play Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Comments Off on Pemilik Honor View 10, Honor 10 Dan Honor Play Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0

Jika semalam kami berkongsi ketersediaan kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk pemilik peranti Huawei terpilih di Malaysia, nampaknya pemilik peranti terpilih keluaran Honor juga dikhabarkan telah mula menerima kemas kini baharu yang sama.

Tiga peranti Honor iaitu Honor View 10, Honor 10 dan juga Honor Play bukan sahaja menawarkan ciri-ciri serta fungsi baharu yang disokong oleh Android 9.0 Pie, tetapi turut menerima GPU Turbo 2.0 yang kini telah dipertingkatkan keupayaannya. Walau bagaimanapun ketersediaan kemas kini akan hanya diterima secara berperingkat-peringkat.

Ketersediaan kemas kini EMUI 9.0:

  • Honor View 10 – sudah mula terima pada 13 Disember 2018
  • Honor 10 – akan terima kemas kini bermula 20 Disember 2018
  • Honor Play – akan terima kemas kini dalam beberapa minggu lagi
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend