Pemilik HONOR 9X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 10 Berasaskan Android 10 Comments Off on Pemilik HONOR 9X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 10 Berasaskan Android 10

Dilancarkan secara rasmi pada November 2019, HONOR 9X yang dioperasikan dengan EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie) telah dijual pada harga RM999. Bahkan HONOR Malaysia turut memperkenalkan edisi terhad Stoned & Co untuk pengguna tempatan dalam kuantiti hanya 200 unit sahaja.

Tanpa perlu menunggu lama, HONOR 9X kini telahpun dilaporkan mula menerima kemas kini rasmi EMUI 10 berasaskan Android 10. Diperkenalkan dalam versi 10.0.0.182(C636E3R1P1), pengguna perlu memuat turun fail kemas kini yang agak besar iaitu mencecah 3.86GB.

Kemas kini EMUI 10 untuk HONOR 9X akan hadir dengan sentuhan antaramuka yang diperbaharui, sokongan mod gelap, kawalan navigasi untuk skrin penuh, dan banyak lagi.

Anda boleh memeriksa penerimaan kemas kini ini melalui aplikasi HiCare yang telah dikemaskinikan ke versi terbaharu, iaitu di bawah menu Services > Update.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend