Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini GPU Turbo Comments Off on Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini GPU Turbo

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, Honor telah mengumumkan bahawa tiga model keluarannya iaitu Honor 9 Lite, Honor V10 dan juga Honor 7X akan menerima kemas kini GPU Turbo pada bulan September ini.

Hari ini Honor Malaysia dilihat telah mengotakan janji mereka apabila melepaskan ketersediaan kemas kini GPU Turbo untuk Honor 9 Lite dengan saiz fail kemas kini sebesar 458MB. Melalui kemas kini versi LLD-L21 8.0.0.129(C636), Honor 9 Lite bukan sahaja menerima sokongan teknologi GPU Turbo, tetapi ia juga hadir dengan keselamatan sistem untuk bulan Ogos 2018.

Selain itu kemas kini ini turut memperbaiki beberapa fungsi sedia ada seperti rakaman skrin tanpa had masa, mengoptimumkan teks antaramuka dengan sokongan penapis baharu pada galeri, dan juga mengatasi isu sambungan Google Play Music pada Android Auto. Honor turut memperkenalkan dua aplikasi pra-pasang baharu iaitu App Gallery dan juga Ride Mode.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend