Pemilik HONOR 8X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 10 Berasaskan Android 10 Comments Off on Pemilik HONOR 8X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 10 Berasaskan Android 10

Setelah sekian lama menanti, kini akhirnya pemilik HONOR 8X di Malaysia telahpun dilaporkan mula menerima kemas kini versi rasmi untuk EMUI 10 berasaskan Android 10.

Kemas kini versi 10.0.0.175(C636E3R1P1) untuk HONOR 8X ini didatangkan dalam fail OTA mencecah 3.66GB. Sebagaimana yang kita sedia maklum, EMUI 10 akan menampilkan sentuhan baharu pada antaramuka, sokongan mod gelap, navigasi skrin penuh dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kemas kini EMUI 10 untuk HONOR 8X ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Anda boleh memeriksa status kemas kini pada peranti anda melalui aplikasi HiCare/Support.

kredit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend