Pemilik Google Pixel Melaporkan Masalah Kecil Tetapi Menjengkelkan Dengan Widget Google Search Comments Off on Pemilik Google Pixel Melaporkan Masalah Kecil Tetapi Menjengkelkan Dengan Widget Google Search

Google Pixel boleh dianggap sebagai salah satu model flagship terbaik boleh dimiliki kerana ia bukan sahaja menyokong spesifikasi terbaik, tetapi ia juga akan sentiasa menerima kemas kini terbaru yang lebih cepat berbanding peranti Android yang lain. Sungguhpun begitu, ada sahaja isu yang dihadapi oleh model keluaran Google ini seperti kamera tidak boleh diakses dan juga arus pengecasan berlebihan.

Baru-baru ini satu lagi masalah telah dilaporkan dihadapi oleh semua model Google Pixel termasuklah Pixel, Pixel XL, Pixel 2, dan juga Pixel 2 XL. Berdasarkan perkongsian pemilik peranti ini, masalah ini melibatkan widget Google Search pada antaramuka homescreen yang tidak akan memaparkan hasil carian pengguna sebelum ini.

Walaupun peranti telah dimatikan dan dihidupkan semula, masalah ini tetap tidak hilang. Sungguhpun ada pemilik Pixel 2 XL yang melaporkan pengaktifan ‘Google Feed’ pada tetapan Pixel launcher telah berjaya mengatasi masalah ini. Isu yang dihadapi ini dilihat terjadi pada peranti yang dikuasakan dengan Android 8.1 Oreo dan juga Android P Developer Preview.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend