Pemilik Android Dan iOS Di Malaysia Sudah Boleh Muat Turun Permainan Rasmi PUBG Mobile Comments Off on Pemilik Android Dan iOS Di Malaysia Sudah Boleh Muat Turun Permainan Rasmi PUBG Mobile

Permainan mudah alih yang paling hot iaitu PUBG Mobile yang merupakan sebuah permainan atas talian berbilang-pemain kini sudah boleh dimainkan pada peranti mudah alih Android dan juga iOS. Permainan popular yang berkonsepkan Battle Royal ini sememangnya menjadi kegilaan ramai di PC dan juga konsol permainan Xbox One sejak awal tahun lepas lagi.

PlayerUnknown’s Battleground atau lebih dikenali sebagai PUBG Mobile ini sebenarnya sudahpun diperkenalkan di China oleh Tencent Games pada Februari yang lepas. Hari ini PUBG Mobile sudah boleh dimuat turun di Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa buah negara lain termasuklah Malaysia.

Sama seperti versi asal, permainan PUBG Mobile ini akan menyaksikan 100 orang pemain bertarung untuk menumpaskan musuh dan kekal hidup sehingga pertempuran berakhir. Sebelum mula menyerang, misi anda adalah mencari senjata dan juga kelengkapan yang akan digunakan untuk menembak musuh yang ada.

Muat turun PUBG Mobile:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend