Pembukaan Rasmi Vivo Concept Store Di Sunway Pyramid Akan Menjanjikan Promosi Hebat Serta Persembahan Tajul Ariff – 30 Disember Comments Off on Pembukaan Rasmi Vivo Concept Store Di Sunway Pyramid Akan Menjanjikan Promosi Hebat Serta Persembahan Tajul Ariff – 30 Disember

Bagi penduduk di sekitar Subang Jaya, anda kini boleh terus mengunjungi pusat jualan rasmi Vivo yang terletak di Sunway Pyramid berikutan pembukaan Vivo Concept Store baharu yang akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Disember 2018 nanti.

Bersempena pembukaan rasmi Vivo Concept Store yang beralamat di Lot F1.36 (Tingkat 1) Sunway Pyramid, Vivo Malaysia akan turut menjanjikan pelbagai tawaran hebat untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Selain itu, pengunjung yang hadir akan turut dihiburkan oleh penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Tajul Ariff.

Pembukaan Vivo Concept Store baharu di Sunway Pyramid ini bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan model telefon pintar serta aksesori keluaran Vivo, tetapi ia juga turut menjanjikan pengalaman pembelian yang terbaik untuk pembeli. Jadi pastikan anda meluangkan masa hujung minggu (30 Disember 2018, Ahad) ini dengan mengunjungi Vivo Concept Store di Sunway Pyramid.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend