Pembekal LCD Huawei Ambil Tindakan Terhadap Pekerja Yang Membeli iPhone Comments Off on Pembekal LCD Huawei Ambil Tindakan Terhadap Pekerja Yang Membeli iPhone

Perbalahan antara dua kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan China nampaknya tidak berakhir apabila ZTE mengalami kerugian besar akibat kutipan tol daripada Huawei berikutan risiko pengharaman import di AS.

Walaupun China dan firmanya kelihatan mahu menamatkan konflik, pihaknya dilihat tidak berhenti berehat untuk memastikan perniagaan di China berjalan dengan lancar tidak kira bangsa China atau asing, kata Menteri Kewangan China, Liu Kun. Walaubagaimanapun, serangan balas daripada firma China ini adalah salah satu langkah yang boleh memberi kesan minimum kepada Apple dan barisan produknya di China.

Sehubungan dengan itu, firma yang berpusat di Shenzhen, Menpad telah mengumumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dengan mana-mana pekerja yang membeli iPhone. Pada masa sama, South China Post turut melaporkan bahawa syarikat itu merancang untuk mengenakan penalti dengan mengenakan denda mengikut harga pasaran model iPhone yang dibeli. Malahan, syarikat tersebut juga berjanji akan mengembalikan 15 peratus harga beli kepada mana-mana pekerja yang membeli telefon Huawei atau ZTE.

Tindakan ini dilihat sebagai bantahan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh firma China di AS. Menpad antara pengeluar paparan LCD terbesar untuk Huawei yang berpengkalan di Shenzhen, China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend