Pemasangan RFID Percuma Sepanjang September 2019 Di Pulau Pinang, Johor Dan Lembah Klang Comments Off on Pemasangan RFID Percuma Sepanjang September 2019 Di Pulau Pinang, Johor Dan Lembah Klang

Mungkin anda sedia maklum bahawa Touch ‘n Go sebelum ini telah mula memperkenalkan lorong RFID di beberapa plaza tol di ibu negara, dan kini lorong khas itu dilihat semakin diperluaskan ke lebih banyak plaza tol. Bahkan bagi mendorong penggunaan lorong menggunakan pemotongan kredit melalui eDompet Touch ‘n Go, program pemasangan RFID percuma telah diadakan dari masa ke semasa.

Bagi yang berminat untuk memasang stiker RFID pada kenderaan milik anda, Touch ‘n Go kini telah mengumumkan program pemasangan stiker tersebut di lebih banyak lokasi di Pulau Pinang, Johor dan juga Lembah Klang sepanjang bulan September ini (10 pagi hingga 10 malam). Lebih menariknya, anda yang berminat boleh terus mengunjungi lokasi yang terlibat tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu.

Senarai lokasi pemasangan stiker RFID secara percuma:

  • Pulau Pinang
    • AEON Big, Prai
    • Tesco E Gate
    • Giant Bayan Baru
    • Tesco Extra Seberang Jaya
    • Sunshine Farlim Mall
    • Tesco Extra Sungai Dua
    • Tesco Sri Tanjung Pinang
  • Johor Bahru
    • Giant Hypermarket Plentong
    • Tesco Desa Tebrau
    • Paradigm Mall
    • Tesco Mutiara Rini
    • AEON Bandar Dato’ Onn, JB
  • Lembah Klang
    • AEON Big Bukit Rimau
    • Sunway Velocity Mall, Cheras
    • AEON Big Ampang
    • Sungei Wang Plaza
    • Empire Shopping Gallery, Subang
    • Wangsa Walk Mall
    • Giant Hypermarket Bandar Kinrara
    • Tesco Bukit Tinggi, Klang
    • Giang Hypermarket Batu Caves
    • Tesco Extra Cheras
    • Giant Hypermarket Setapak
    • Tesco Extra Shah Alam
    • Seventeen Mall, PJ
    • Tesco Kajang
    • Sunway Geo Avenue
    • Tesco Setia Alam
    • NSK Klang Sentosa
    • Tesco Mutiara Damansara
    • Paradigm Mall, PJ
    • Tesco Pusat Bandar Puchong
    • AEON Big Kepong
    • The Mines, Seri Kembangan

Apa yang diperlukan:

  1. Kad pengenalan/lesen memandu/pasport (untuk bukan warganegara) yang asli dan juga salinan.
  2. Salinan sijil pemilikan kenderaan (geran) atau cover note insurans.
  3. Surat pengesahan kebenaran pemilik sekiranya kenderaan bukan milik anda.
  4. Bawa sekali kenderaan yang ingin dipasang dengan stiker RFID.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend