Pemasangan Percuma RFID Dilanjutkan Sehingga Jun 2019 Dengan Beberapa Lokasi Baharu Comments Off on Pemasangan Percuma RFID Dilanjutkan Sehingga Jun 2019 Dengan Beberapa Lokasi Baharu 857

Bulan lalu Touch n’ Go telah mengadakan kempen pemasangan RFID secara percuma kepada orang ramai. Kempen tersebut telah berlangsung sepanjang bulan April dengan menawarkan sembilan (9) pusat pemasangan di sekitar Lembah Klang.

Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna serta memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk kempen yang lalu, pihak Touch n’ Go hari ini telah mengumumkan bahawa mereka kini melanjutkan kempen tersebut sehingga bulan Jun depan kepada 20,000 unit kenderaan sahaja.

Senarai lokasi pemasangan terbaru turut menyenaraikan enam lokasi baharu iaitu di Tesco Kepong, Tesco Ara Damasara, Tesco Mutiara Damansara, Tesco Extra Shah Alam, Tesco Kajang, dan The Mines, Seri Kembangan. Manakala Berjaya Time Square, KL kini tidak lagi berada dalam senarai lokasi pemasangan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan RFID percuma perlu membawa beberapa keping dokumen seperti:

  • kad pengenalan/lesen memandu/passport berserta salinan.
  • salinan sijil pemilikan kenderaan (gran) atau nota perlindungan insurans yang sah.
  • surat kuasa jika kenderaan bukan milik sendiri.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend