Pemasang iPhone 9 Memberitahu Produksi Peranti Akan Mengikut Jadual Walaupun Wabak Melanda Teruk Comments Off on Pemasang iPhone 9 Memberitahu Produksi Peranti Akan Mengikut Jadual Walaupun Wabak Melanda Teruk

Apple bakal memulakan produksi iPhone 9 pada bulan hadapan dan pelancaran peranti pula dijadualkan berlaku pada bulan seterusnya.

Pemasangan iPhone SE generasi kedua ini dipercayai akan dipasang di kilang Foxconn di China dan memandangkan negara itu kini sedang dilanda wabak Koronavirus yang semakin serius, ramai mendakwa pemasangan peranti akan terbantut.

Melalui satu kenyataan yang dibuat oleh pihak pengilang, mereka telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu produksi iPhone 9 harus mengikut jadual malah pesanan akan dipenuhi seperti yang dimahukan.

Tambahan, Foxconn juga mempunyai pelan sandaran dengan melaksanakan langkah-langkah perlindungan seperti memantau pekerja untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan seperti biasa.

iPhone 9 dikatakan hadir ke pasaran sebagai iPhone ‘mampu milik’ pada tahun 2020 selepas empat tahun generasi pertama dilancarkan menerusi model iPhone SE.

Spesifikasinya pula akan dijana cipset A13 Bionic yang kini digunakan iPhone 11 sementara reka bentuk pula akan diinspirasikan daripada iPhone 8. Ini bermakna ia akan meneruskan legasi TouchID semenjak dihentikan tiga tahun lalu.

Khabarnya, iPhone 9 mungkin memakai tanda harga sekitar USD400 (~RM1635) sebuah untuk varian asas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend