Pemandu Grab Akan Mula Menerima ‘NUR Alert’ Melalui Kerjasama Dengan PDRM Comments Off on Pemandu Grab Akan Mula Menerima ‘NUR Alert’ Melalui Kerjasama Dengan PDRM

Grab hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan PDRM dalam mempertingkatkan piawaian keselamatan pengangkutan dan juga sokongan komuniti melalui kempen #SaferEveryday. Pembentukan kerjasama yang terbentuk ini akan membolehkan pemandu Grab di 35 bandar di seluruh negara untuk menerima notifikasi NUR Alert(National Urgent Response).

Melalui inisiatif ini, maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dapat disebarkan dengan lebih cepat dan menyeluruh kepada semua pemandu Grab di negara ini. Bahkan Grab juga akan terus memberi komitmen dalam menambahbaik kaedah untuk meningkatkan kesedaran terhadap NUR Alert kepada penumpang dan juga komuniti.

Perkongsian NUR Alert melalui perkhidmatan Grab ini dipercayai mampu membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas dalam usaha melindungi kanak-kanak di negara ini. Keupayaan untuk berkongsi berita kehilangan kanak-kanak dapat dilakukan dengan lebih meluas berikutan perkhidmatan Grab merupakan antara pengangkutan yang menjadi pilihan orang ramai.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila layari www.grab.com/safety

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend