Pelindung Skrin Samsung ‘Galaxy S20, S20+, S20e’ Ini Menunjukkan Saiz Peranti Dan Bezel Comments Off on Pelindung Skrin Samsung ‘Galaxy S20, S20+, S20e’ Ini Menunjukkan Saiz Peranti Dan Bezel

Semakin banyak cerita mengenai Samsung Galaxy S11 telah kita dengari sejak kebelakangan ini. Antara yang menjadi perhatian ialah ura-ura mengatakan Samsung akan menggantikan nama siri telefon pintar mercu mereka daripada ‘Galaxy S11’ kepada ‘Galaxy S20’.

Tidak cukup dengan itu, kini tertiris pula gambar menunjukkan pelindung skrin untuk ketiga-tiga peranti dipercayai Galaxy S20e, Galaxy S20, dan Galaxy S20+.

Berdasarkan gambar, apa yang kita boleh lihat pertama sekali adalah warna hitam pada hujung pelindung skrin. Ia sekaligus menunjukkan peranti hadir dengan saiz bezel nipis dan keduanya pula ialah saiz pelindung skrin yang merujuk kepada saiz peranti.

Perbezaannya pada kali ini ‘Galaxy S20’ dan ‘Galaxy S20+’ memiliki dimensi yang tidak jauh beza berbanding Galaxy S10 dan Galaxy S10+. Manakala ‘Galaxy S20e’ pula nampaknya tidak terlalu kecil berbanding sebelum ini.

Selain itu, ketiga-tiga pelindung skrin ini mempunyai lengkung di sisi kiri dan kanan dengan potongan bulat pada setiap bucu. Ia adalah berbeza dengan apa yang ditampilkan pada siri-Note iaitu dengan bucu yang sedikit bersegi.

Dengan ketiadaan potongan untuk lubang kamera, jelas sekali siri Galaxy S11 atau Galaxy S20 atau apapun nama yang akan diberikan, ia akan dilengkapi kamera depan berlubang pada skrin menerusi rekaan Infinity-O.

Walaubagaimanapun ia hanyalah andaian dan masih belum boleh dipastikan lagi. Dengan berbaki lebih kurang dua bulan, kita menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan tertiris tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend