Pelanggan YouTube TV Kecewa Apabila Siaran Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Antara England Dan Croatia Tergendala Comments Off on Pelanggan YouTube TV Kecewa Apabila Siaran Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Antara England Dan Croatia Tergendala

Perkhidmatan YouTube TV telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 2017 yang lalu untuk pengguna di Amerika Syarikat dan ia menawarkan akses lebih dari 50 saluran penyiaran tradisional dan juga rangkaian kabel. Walau bagaimanapun, caj langganan yang dikenakan tidaklah murah iaitu USD40 (kira-kira RM162) sebulan.

Memandangkan perkhidmatan ini telah dibayar, pelanggan YouTube TV di Amerika Syarikat nampaknya telah melepaskan rasa tidak puas hati mereka di media sosial. Ini berikutan isu perkhidmatan tergendala ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara England dan Croatia sedang berlangsung.

Menyedari akan isu yang dihadapi, pihak YouTube telah memohon maaf dan perkhidmatan itu hanya berjaya diatasi selepas satu jam. Insiden ini bukanlah yang pertama kali terjadi di saat-saat kemuncak kerana perkara yang sama pernah terjadi ketika perlawanan NBA (National Basketball Association) pada Mei yang lepas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend