Pelanggan Digi Kini Boleh Membuat Sumbangan Kepada KKM Untuk Beli PPE Dan Peralatan Perubatan Comments Off on Pelanggan Digi Kini Boleh Membuat Sumbangan Kepada KKM Untuk Beli PPE Dan Peralatan Perubatan

Beberapa hari yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa pihaknya kini mempunyai stok peralatan perlindungan diri (PPE) yang sangat terhad dan mungkin akan kehabisan dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Sehubungan dengan itu, Digi telah melancarkan tabung bantuan bagi mengumpul RM1 juta untuk disalurkan kepada KKM. Kini, para pelanggan Digi boleh membuat sumbangan melalui aplikasi MyDigi dengan membeli pas ‘Yellow Heart COVID-19 Aid’ bernilai RM2, RM5, RM10, atau RM20.

Untuk menderma, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MyDigi atau muat turunnya di Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Dibawah bahagian ‘Rewards’, pilih ‘Yellow Heart COVID-19 Aid Campaign Card’.
  3. Pilih pas pilihan anda: RM2 / RM5 / RM10 / RM20
  4. Klik ‘Confirm’.
  5. Anda akan menerima notifikasi untuk setiap transaksi
  6. Pas sumbangan akan ditunjukkan dalam tab ‘MyRewards’.

Bagi pengguna pascabayar, pembelian pas akan dikira pada bil bulanan anda manakala untuk pengguna prabayar, pembelian pas akan ditolak melalui kredit telefon.

Dengan sumbangan kecil oleh anda semua (pelanggan Digi), ia sedikit sebanyak dapat membantu KKM mendapatkan peralatan penting seperti peralatan perubatan, PPE, dan bekalan perubatan lain untuk hospital yang terlibat dalam menangani kes COVID-19 pada waktu yang kritikal ini.

Pada waktu sama Digi turut mengumumkan beberapa inisiatif turut diambil antaranya seperti:

  • Pasukan IT dan rangkaian akan bersiap sedia sepanjang masa untuk memastikan perkhidmatan rangkaian dan sambungan dapat diselenggara sebaiknya.
  • Tambahan liputan rangkaian dan kapasiti di lokasi dan kawasan kritikal.
  • Akses tanpa cas ke talian hotline perkhidmatan kritikal dan laman sesawang tertentu untuk mendapatkan informasi berkenaan COVID-19.
  • Memastikan pelanggan dapat mengakses saluran seperti kedai runcit dan sokongan perkhidmatan.
  • Percuma 1GB internet harian berkelajuan tinggi untuk pengguna pascabayar, prabayar, dan jalur lebar.
  • Akses percuma dan tawaran istimewa untuk platfom pendidikan seperti Jomstudi melalui EasyAdd.
  • Perlindungan insurans percuma untuk 200,000 pelanggan pertama.
  • Tawaran istimewa untuk jalur lebar dan penyelesaian digital seperti altHR dan OMNI untuk perniagaan.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend