Pelanggan Digi Boleh Menikmati Pelbagai Ganjaran Dan Tawaran Melalui MyDigi Rewards Comments Off on Pelanggan Digi Boleh Menikmati Pelbagai Ganjaran Dan Tawaran Melalui MyDigi Rewards

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah mengumumkan aplikasi ganjaran terbesar di Malaysia melalui penawaran MyDigi Rewards untuk kesemua 11.7 juta pelanggan Digi di negara ini.

Tersedia secara eksklusif di dalam aplikasi MyDigi, MyDigi Rewards menjanjikan pelbagai tawaran serta ganjaran menarik daripada lebih 500 jenama dan rakan kongsi di lebih 7000 lokasi di seluruh negara. Antara ganjaran serta tawaran yang boleh dinikmati ini meliputi pelbagai kategori seperti F&B, membeli-belah, hiburan, kesihatan dan banyak lagi.

Aplikasi ini juga turut menyokong sistem penarafan keahlian baharu iaitu Yellow, Gold dan Platinum yang boleh diperolehi melalui kaedah pengumpulan mata bagi membolehkan pelanggan Digi mengakses lebih banyak ganjaran serta tawaran eksklusif. 1 mata ganjaran boleh diperolehi melalui setiap Ringgit yang dibelanjakan ke atas bil pascabayar ataupun tambah nilai prabayar.

Sempena hari pelancaran MyDigi Rewards, pelanggan Digi boleh menikmati tawaran istimewa yang boleh dinikmati pada harga hanya 99 sen sahaja.

MyDigi Rewards dengan sokongan ciri baharu ‘Near Me’ ini juga membolehkan pelanggan mendapatkan cawangan terdekat untuk mereka menebus ganjaran, serta ‘Reward Sneak Peeks’ untuk mereka mengetahui ganjaran yang akan datang. Tidak cukup dengan itu, setiap pelanggan Digi juga berpeluang menerima satu tawaran ‘Box of Surprise’ pada bila-bila masa. Ia merangkumi tawaran Internet percuma, diskaun untuk pelan Internet, pas Internet jangka pendek dan pakej telefon yang diperibadikan.

Muat turun aplikasi MyDigi:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend