Pelancong Perancis Ditahan Di Thailand Kerana Cubaan Mencuri Huawei P30 Comments Off on Pelancong Perancis Ditahan Di Thailand Kerana Cubaan Mencuri Huawei P30

Di sebalik kemelut yang dihadapi oleh Huawei terhadap sekatan perdagangan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ada di antara pengguna dilihat cuba menjauhkan diri daripada memiliki telefon pintar keluaran Huawei buat masa ini.

Namun berbeza dengan insiden yang berlaku di Thailand, seorang pelancong dari Perancis telah berjaya ditahan kerana cubaannya untuk mencuri Huawei P30 tidak berjaya. Melalui rakaman CCTV di sebuah pusat membeli-belah di Pattaya, Thailand, pelancong itu dikatakan telah singgah di salah sebuah kedai yang menjual telefon pintar dan berhenti untuk melihat model telefon pintar tersebut.

Huawei P30 menampilkan tiga kamera LEICA dengan keupayaan zum sehingga 30x.

Dalam tempoh beberapa saat sahaja, lelaki berkenaan dilihat telah menarik unit demo Huawei P30 daripada kabel keselamatan yang terpasang dan terus melarikan diri. Tetapi tindakannya itu disedari oleh penjual di kedai, sebelum pelancong itu berjaya ditangkap oleh pengunjung di pusat membeli-belah itu.

Meriem Laurant telah berjaya ditahan oleh pihak Polis dan disabitkan dengan kesalahan mencuri. Lebih memburukkan keadaan, lelaki itu juga turut dikenakan tindakan berasingan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital

Kemas Kini Terbaru EMUI Untuk P30 Dan P30 Pro Mengoptimumkan Kamera, Pengimbas Cap Jari, Panggilan, Dan Banyak Lagi

Huawei P30 Pro Varian Ditawarkan Dalam Warna ‘Amber Sunrise’ Di Malaysia Bermula 18 Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend