Pelancaran Samsung Galaxy Fold Di Hong Kong dan Shanghai Terpaksa Ditunda Berikutan Isu Skrin Comments Off on Pelancaran Samsung Galaxy Fold Di Hong Kong dan Shanghai Terpaksa Ditunda Berikutan Isu Skrin

Sejak dari awal kemunculannya, Samsung Galaxy Fold telah berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana ia telah menampilkan rekaan unik dengan sokongan skrin yang boleh dilipat. Disebabkan oleh rekaannya yang unik inilah, maka Samsung Galaxy Fold akan dijual pada harga yang agak mahal menjelang 26 April 2019 ini.

Beberapa laporan berasingan berhubung isu skrin Samsung Galaxy Fold tidak berfungsi telah dilaporkan baru-baru ini.

Namun apa yang mengejutkan, pada minggu lepas beberapa pihak media antarabangsa yang telah menerima Samsung Galaxy Fold dilaporkan telah berhadapan dengan isu paparan skrin yang tidak berfungsi. Berikutan daripada masalah itu, pihak Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memeriksa isu tersebut.

Berdasarkan laporan terbaru, Samsung dilaporkan terpaksa menunda majlis pelancaran rasmi Samsung Galaxy Fold di Hong Kong dan Shanghai, yang sebelum ini masing-masing dijadualkan akan berlangsung pada 23 dan 24 April 2019. Bahkan Samsung tidak pula mendedahkan butiran lanjut berhubung berita penundaan majlis pelancaran itu.

Kemas kini artikel: Sammobile turut mendedahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Galaxy Fold turut ditunda di Singapura dan juga Sepanyol.

Baca juga:

Samsung Galaxy Fold Akan Diperkenalkan Di Malaysia Minggu Pertama Mei Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend