Pelancaran Jualan Vivo V9 Di SatuGadget Bermula 30 Mac 2018 Ini – Pelbagai Hadiah Dan Aktiviti Menarik Ditawarkan Comments Off on Pelancaran Jualan Vivo V9 Di SatuGadget Bermula 30 Mac 2018 Ini – Pelbagai Hadiah Dan Aktiviti Menarik Ditawarkan

vivo V9 sudahpun dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac yang lalu dan ia akan mula dijual di pasaran bermula 31 Mac 2018 iaitu pada hari Sabtu ini. Tetapi jika anda ingin menjadi pengguna terawal untuk memiliki vivo V9, pra-tempah model itu sudahpun dibuka oleh SatuGadget dan anda boleh datang untuk mengambil sendiri peranti itu seawal jam 9 malam pada 30 Mac ini (Jumaat).

Pembeli yang datang untuk mengambil vivo V9 yang telah dipra-tempah di SatuGadget pada hari ‘Sales Launching x Vivotion Night’ akan turut membawa pulang 9 hadiah menarik secara percuma. Pada malam pelancaran jualan vivo V9 itu juga, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk memiliki pelbagai aksesori seperti headphone, speaker Bluetooth, pengecas di dalam kereta dan banyak lagi pada harga hanya RM1 sahaja (unit terhad).

Sempena malam pelancaran jualan itu juga, anda turut berpeluang memiliki vivo Y66 pada harga serendah RM649 untuk 6 unit pertama. Manakala unit ke-7 hingga ke-16 boleh dibeli dengan harga RM699, berbanding harga asalnya yang bernilai RM999 seunit.

Malah pengunjung yang memiliki mana-mana model vivo turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah ‘vivo V9 Premium Gift Box’ yang bernilai RM299 dan juga keychain vivo V9 Edisi Istimewa Piala Dunia 2018 secara percuma. Apa yang anda lakukan hanyalah mengambil bahagian dalam sesi temu ramah video yang diadakan oleh SatuGadget pada malam tersebut.

‘Sales Launching x Vivotion Night’:

Tarikh : 30 Mac 2018 (Jumaat)

Masa : 8 malam

Tempat : Satu Gadget Dot Com (Tower 2 Menara PGRM, Cheras)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend