Pelancaran Jualan HUAWEI Mate Xs Diteruskan Pada 20 Mac Dengan Servis Penghantaran Ke Rumah Comments Off on Pelancaran Jualan HUAWEI Mate Xs Diteruskan Pada 20 Mac Dengan Servis Penghantaran Ke Rumah

Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, HUAWEI telah mengambil pendekatan untuk memastikan pelancaran jualan HUAWEI Mate Xs diteruskan seperti biasa pada 20 Mac 2020 dengan servis penghantaran VIP ke rumah.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggannya, HUAWEI buat pertama kali telah memperkenalkan servis penghantaran bagi setiap unit HUAWEI Mate Xs yang dibeli melalui HUAWEI Online Official Store.

Pembeli HUAWEI Mate Xs yang membeli di platform eDagang rasmi HUAWEI ini juga boleh memilih untuk menerima servis penghantaran terus ke pintu rumah, ataupun mengambilnya di mana-mana kedai HUAWEI yang berdekatan ataupun kedai HUAWEI yang diingini.

Individu yang membuat penghantaran akan sentiasa memakai topeng muka semasa membuat penghantaran bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pelanggan. Panggilan akan dibuat sebelum penghantaran dan bungkusan akan dibersihkan di hadapan pelanggan sebelum menyerahkannya.

Tiga Bulan Jaminan Waranti untuk Penukaran Skrin

HUAWEI turut menawarkan tiga bulan jaminan waranti untuk penukaran skrin, bermula dari tarikh HUAWEI Mate Xs dibeli. Jaminan waranti ini sah untuk kerosakan disebabkan oleh jatuh dan sebagainya.

Namun begitu, jaminan waranti selama tiga bulan ini tidak akan sah jika kerosakan berpunca daripada proses membuka atau pembaikan tanpa kebenaran, salah guna, pemasangan ataupun modifikasi pada peranti, dan juga kerosakan disebabkan oleh cecair, makanan, karat ataupun penggunaan voltan yang salah.

Sokongan khidmat pelanggan satu-ke-satu

HUAWEI turut menawarkan sokongan khidmat pelanggan satu-ke-satu untuk kemudahan pelanggannya dan akan beroperasi seperti biasa pada setiap hari, termasuk cuti umum. Berikut adalah saluran bantuan satu-ke-satu ditawarkan:

  1. Hotline – 1800-22-0086 (9 pagi hingga 9 malam)
  2. Livechat melalui aplikasi Support atau laman Support (9 pagi hingga 6 petang)
  3. Facebook – HUAWEI Mobile (9 pagi hingga 6 petang)
  4. Emel – [email protected]
  5. WhatsApp – +6012-6855652 (9 pagi hingga 6 petang)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend