Pelancaran iPhone 9 Ditunda Gara-gara Produksi Tidak Mencapai Sasaran Comments Off on Pelancaran iPhone 9 Ditunda Gara-gara Produksi Tidak Mencapai Sasaran

Apple sebelum ini telah memaklumkan kepada para pelabur mereka bahawa sasaran kewangan syarikat untuk suku kedua tahun ini mungkin tidak akan dapat dicapai ekoran COVID-19. Kilang pemasangan iPhone di China juga difahamkan telah menawarkan ganjaran elaun istimewa kepada kakitangan yang kembali bekerja.

Terbaru, Apple dikatakan mahu menunda pelancaran iPhone 9 yang dijadualkan pada akhir bulan Mac ke suatu tarikh yang belum disahkan lagi. Tambahan, sumber dalaman Apple memberitahu hal ini adalah disebabkan Foxconn dan beberapa kilang lain masih tidak mampu menghasilkan jumlah pengeluaran yang disasarkan. Katanya, kini produksi cuma dapat mengeluarkan kurang daripada separuh daripada jumlah yang diperlukan. Gara-gara itu Apple mungkin gagal untuk menjual peranti tersebut pada 3 April seperti yang dicadangkan.

iPhone 9 bagaimanapun bakal menjadi iPhone ‘termurah’ selepas ia diperkenalkan nanti. Reka bentuk telefon ini dipercayai akan menggunakan DNA iPhone 8 tetapi dengan perkakasan yang lebih canggih. iPhone 9 mungkin dimuatkan cipset A13 Bionic yang dipadankan memori 3GB RAM. Selain itu iPhone 9 yang ditawarkan kelak hadir dengan storan permulaan 64GB.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend