Pelancaran Global Xiaomi Mi A2 Akan Diadakan Pada 24 Julai 2018?! Comments Off on Pelancaran Global Xiaomi Mi A2 Akan Diadakan Pada 24 Julai 2018?!

Di dalam program Mi Explorer yang telah diadakan pada bulan lepas, Xiaomi telah mengesahkan bahawa akan ada satu pelancaran produk terbarunya pada penghujung bulan Julai di Sepanyol. Nampaknya perkara itu telah berjaya disahkan apabila forum rasmi Xiaomi telah mula berkongsi maklumat yang mendedahkan pelancaran global produk Xiaomi yang akan berlangsung pada 24 Julai 2018 nanti di Sepanyol.

Jika difikirkan logik, majlis ini mungkin akan menyaksikan pelancaran global untuk model Xiaomi Mi A2 yang sebelum ini hanya dijual untuk pasaran di China pada April 2018 yang lalu dengan menggunakan nama model Xiaomi Mi 6X. Xiaomi Mi A2 dijangka akan mengekalkan sokongan spesifikasi dan juga rekaan yang sama seperti Mi 6X, tetapi ia akan dioperasikan dengan antaramuka asli Android dan bukannya MIUI.

Xiaomi Mi A2 akan dilengkapi dengan paparan skrin 5.99 inci IPS LCD FHD+ (2160 x 1080 piksel), dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660, ruang storan sehingga 128GB, RAM sehingga 6GB, dan hadir dengan bateri berkapasiti 3010 mAh yang menyokong Quick Charge 3.0. Keupayaan penggambarannya utamanya pula didatangkan dengan dwi kamera 12 Megapiksel + 20 Megapiksel dan 20 Megapiksel untuk penggambaran swafoto.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend