Pelancaran Apple iPhone 11 Mungkin Berlaku Pada 10 September Ini Comments Off on Pelancaran Apple iPhone 11 Mungkin Berlaku Pada 10 September Ini 404

Kemas kini ketujuh sistem operasi iOS 13 beta telah dilepaskan kepada pengguna bermula semalam. Perkara ini juga memberi petanda bahawa Apple bakal melancarkan iPhone terbaru tidak lama lagi.

Tangkap layar antaramuka yang diambil oleh portal teknologi berbahasa portugis baru-baru ini turut memperlihatkan tarikh dan hari iPhone generasi baharu akan dilancarkan. Ia menunjukkan berkemungkinan 10 September iaitu pada hari Selasa sebagai hari yang mana iPhone 11, 11 Pro, dan 11 Pro Max mungkin diperkenalkan secara rasmi.

Melihat pada tahun-tahun sebelum ini, Apple bakal membuka pentas pelancaran iPhone pada pertengahan bulan September. Jika tahun lalu iPhone XR, XS, dan XS Max diumumkan pada 13 September, kali ini ia tidak mustahil akan diadakan lebih awal memandangkan tahun lalu juga diadakan lebih awal berbanding tahun sebelumnya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend