Pelan Pascabayar Baharu ‘Celcom MEGA’ Tawar Pilihan Data Tanpa Had Atau Internet Terpantas Comments Off on Pelan Pascabayar Baharu ‘Celcom MEGA’ Tawar Pilihan Data Tanpa Had Atau Internet Terpantas

Celcom Axiata Berhad (Celcom) baru-baru ini telah memperkenalkan pelan pascabayar terbaharunya untuk pengguna tempatan dengan pelancaran pelan ‘Celcom MEGA’.

Berbeza dengan pelan pascabayar sedia ada di pasaran, Celcom MEGA merupakan yang pertama di negara ini yang menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih pakej kuota Internet tanpa had ataupun pakej Internet dengan kelajuan terpantas.

Apa yang lebih istimewanya, Celcom MEGA juga membolehkan pengguna untuk menukarkan kuota Internet yang tidak digunakan kepada ganjaran tunai pada setiap pengakhiran kitaran bil.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menukarkan lebihan kuota Internet kepada ganjaran tunai eDompet Boost, dengan setiap 10GB data bersamaan dengan RM5.

Pelan pascabayar Celcom MEGA ditawarkan dengan kuota Internet 30GB pada harga RM80 sebulan dengan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian. Pengguna juga bebas memilih add-ons (nilai tambah) dengan bayaran bermula daripada RM18, iaitu sama ada Internet Mudah Alih Tanp Had atau menu ‘ala-carte’ Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi.

Selain ciri utama Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi yang boleh ditukarkan lebihan data Internet dengan ganjaran tunai di eDompet Boost, pengguna Celcom MEGA juga boleh menikmati Perayauan PERCUMA di 12 negara, dengan pelan tertinggi pada harga RM188 sebulan.

Pengguna juga boleh memilih untuk berkongsi kuota Internet mereka sehingga kepada tiga talian tambahan dengan menambah talian keluarga pada RM40 setiap satu talian (tambahan 15GB Internet untuk setiap satu talian) kepada pelan utama mereka.

Pelan pascabayar Celcom MEGA juga menawarkan nilai tambah yang menarik demi melengkapkan pelbagai gaya hidup digital pengguna. Add-ons ini adalah:

  • Celcom Passport – pengguna yang suka melancong boleh menggunakan kuota Internet tempata di luar negara melalui ‘Roam Like Home’.
  • INTERNETshare – perkongsian Internet di kalangan keluarga dengan hanya RM5 sebulan.
  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had melalui Ultra Hour Pass.
  • Sosial Tanpa had untuk penggunaan aplikasi sosial popular seperti di Facebook, WhatsApp, Instagram dan Internet Lewat Malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend