Pelan Ansuran U Mobile UPackage Tawar Pakej iPhone SE Pada Harga Serendah RM41 Sebulan Comments Off on Pelan Ansuran U Mobile UPackage Tawar Pakej iPhone SE Pada Harga Serendah RM41 Sebulan

U Mobile hari ini telah mengumumkan ketersediaan iPhone SE untuk dimiliki oleh pelanggannya di semua kedai U Mobile ataupun secara atas talian di www.u.com.my bermula hujung minggu ini.

Pelanggan U Mobile boleh memiliki pakej bundle iPhone SE dengan pelan Unlimited HERO P139 atau Unlimited HERO P99 yang menawarkan iPhone SE pada harga subsidi serendah RM499 sahaja, berbanding harga asal RM1999.

Manakala pembelian iPhone SE melalui pelan ansuran UPackage dengan faedah 0% pula akan ditawarkan pada harga bermula daripada RM41 sebulan untuk tempoh selama 24 bulan.

Lebih istimewanya, pelanggan U Mobile yang membuat pembelian iPhone SE dengan pelan Unlimited HERO P139 akan turut menerima insurans Kemalangan Peribadi (PA) yang meliputi perlindungan COVID-19 secara percuma untuk 24 bulan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend