Pelabur Yakin Amazon Akan Mengatasi Apple Untuk Menjadi Syarikat Pertama Dengan Nilai Mencecah Satu Trilion USD Comments Off on Pelabur Yakin Amazon Akan Mengatasi Apple Untuk Menjadi Syarikat Pertama Dengan Nilai Mencecah Satu Trilion USD

Sebelum ini ramai yang beranggapan bahawa Apple bakal menjadi syarikat pertama di dunia yang akan mencecah nilai satu trilion USD, ini berikutan prestasi Apple yang sangat positif saban tahun. Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan sebelum ini, pada bulan lepas Apple telah berjaya mencatatkan nilai mencecah USD950 bilion (kira-kira RM3.8 trilion).

Nampaknya jangkaan itu mungkin tidak menjadi kenyataan kerana buat pertama kalinya pasaran saham Amazon telah mencatatkan lonjakan mencecah sehingga 56% untuk tahun ini, berbanding Apple hanya 14%. Pada minggu ini, Amazon berjaya mencapai nilai USD900 bilion (kira-kira RM3.7 trilion), sekaligus memperlihatkan peningkatan paling besar sepanjang tempoh 21 tahun.

Melalui undian yang dianjurkan oleh CNBC, sebanyak 70% daripada pelabur mengundi Amazon sebagai syarikat pertama yang akan mencecah nilai satu bilion USD. Manakala hanya 15% daripada pelabur telah mengundi Apple untuk merangkul takhta tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend