Pegawai Senior Di ‘White House’ Meminta Sekatan Perdagangan Ke Atas Huawei Ditunda Untuk Tempoh Dua Tahun Comments Off on Pegawai Senior Di ‘White House’ Meminta Sekatan Perdagangan Ke Atas Huawei Ditunda Untuk Tempoh Dua Tahun 310

Sebelum ini kerajaan Amerika Syarikat (AS) telahpun mengambil keputusan untuk menangguhkan sekatan terhadap jenama Huawei di negara itu untuk tempoh 90 hari. Sepanjang tempoh itu, Huawei diberi kebenaran untuk meneruskan urusan jual beli produk daripada Amerika bagi membolehkan penawaran kemas kini untuk peranti sedia ada di pasaran.

Namun disebabkan tindakan AS untuk meneruskan sekatan perdagangan terhadap Huawei, sudah ada penganalisa yang berpendapat syarikat AS yang berurus niaga dengan jenama dari China itu juga turut akan menerima kesannya. Sebagai contoh, penganalisa mendakwa bahawa Google akan mengalami kerugian mencecah sehingga RM1.78 bilion setahun.

kredit gambar: Andrew Harrer/Bloomberg

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh pegawai senior di ‘White House’ iaitu Russell Vought selaku Timbalan Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan, melalui surat rasmi yang dihantar ke Naib Presiden AS iaitu Mike Pence. Menurut surat itu, syarikat dari AS yang menggunakan teknologi daripada Huawei akan menerima impak besar berikutan sekatan yang dikenakan.

Russell Vought beranggapan bahawa tindakan kerajaan AS untuk menyekat Huawei adalah dibuat secara terburu-buru, dan perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah pembekal sedia ada untuk agensi kerajaan. Beliau turut meminta kerajaan AS untuk menunda sekatan tersebut untuk tempoh dua tahun lagi iaitu sehingga tahun 2020 nanti.

Tundaan sekatan perdagangan terhadap Huawei ini perlu dibuat memandangkan sekatan tersebut secara tidak langsung akan turut memberi kesan terhadap dana kerajaan, yang mana sebelum ini telahpun digunakan untuk membuat pembelian produk, perkhidmatan dan juga komponen yang dibekalkan oleh Huawei.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Google Dijangka Akan Mengalami Kerugian Tahunan Cecah RM1.78 Bilion Setahun Berikutan Sekatan Terhadap Huawei

Huawei Memfailkan Tindakan Undang-Undang Terhadap Amerika Syarikat Berikutan Isu Sekatan Perdagangan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend