PDRM Perkenalkan Talian WhatsApp Untuk Melapor Jenayah Komersial Comments Off on PDRM Perkenalkan Talian WhatsApp Untuk Melapor Jenayah Komersial 533

PDRM hari ini melancarkan Commercial Crime Investigation Department (CCID) Infoline bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat / aduan / pertanyaan yang melibatkan jenayah komersial.

Melalui medium ini orang ramai boleh menyemak dan mendapatkan pengesahan berkaitan kes jenayah komersial selain boleh menyalurkan maklumat berkenaan jenayah sindiket (panggilan penyamaran Macau Scam), jenayah eDagang, tipu pinjaman tidak wujud, dan pemalsuan dokumen.

Orang ramai boleh terus menghubungi PDRM melalui WhatsApp (chat sahaja) di talian 013-2111222 atau menghantar SMS. Tiada panggilan suara akan diterima atau keluar daripada talian khas ini. Waktu operasi talian ini adalah dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Maklum balas untuk maklumat / aduan / pertanyaan akan diberikan dalam tempoh waktu terdekat. PDRM menegaskan sekiranya orang ramai sengaja menggunakan saluran ini untuk melakukan gurauan (prank), mereka boleh diambil tindakan atas peruntukan undang-undang sedia ada.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan talian hotline untuk orang ramai mengadu jika perokok melanggar arahan larangan merokok di premis makanan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend