PDRM Dan ATM Akan Guna Dron Untuk Pantau Pergerakan Orang Awam Comments Off on PDRM Dan ATM Akan Guna Dron Untuk Pantau Pergerakan Orang Awam

Hari ini polis dan tentera telah melakuan demonstrasi penggunaan dron di depan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Affendi Buang.

Dron tersebut dilengkapi pembesar suara bagi membolehkan ia menyampaikan pesanan agar orang ramai terus berada di rumah. Pesanan itu akan dibuat dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil.

Menurut Panglima ATM, dron juga boleh bertindak sebagai pencegah dan ke kawasan yang tidak boleh dimasuki pasukan pemantau. Tambah beliau, dron juga akan digunakan di Kuala Lumpur di mana ada sejumlah orang dilihat masih keluar rumah disebalik arahan untuk tidak berbuat demikian.

Demonstrasi dron telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield siang tadi, menyaksikan pemeriksaan awal 12 unit dron yang akan digunakan di 12 buah lokasi panas di seluruh negara. Namun kawasan tersebut tidak dinyatakan.

Perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini tetapi Perdana Menteri berkata ia mungkin boleh dilanjutkan jika keadaan memerlukan.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend