Paten HUAWEI Mate X Generasi Kedua Memperlihatkan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dengan Paparan Skrin Kedua Comments Off on Paten HUAWEI Mate X Generasi Kedua Memperlihatkan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dengan Paparan Skrin Kedua 321

HUAWEI Mate X dengan rekaan skrin boleh lipat yang pertama daripada HUAWEI telahpun didedahkan kepada umum pada Februari 2019 yang lalu, dan ia telah dijadualkan akan dilancarkan untuk pasaran global menjelang September nanti.

Menariknya baru-baru ini laman letsgodigital telah mendedahkan bahawa HUAWEI dilaporkan sudahpun memohon paten untuk HUAWEI Mate X generasi keduanya di Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO). Berbeza dengan rekaan skrin boleh lipat generasi pertamanya, paten baharu ini memiliki rekaan yang mirip seperti Samsung Galaxy Fold dengan sokongan panel skrin kedua.

Namun berbeza dengan panel skrin kedua pada Galaxy Fold, generasi kedua Mate X ini menampilkan sokongan panel skrin yang jauh lebih besar dengan saiz bezel yang lebih nipis. Tetapi sama seperti rekaan generasi pertama, paten ini turut menyaksikan paparan skrin tanpa takuk apabila panel skrin boleh lipat itu dibuka.

melalui, sumber

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend