Paten Baharu Xiaomi Memperlihatkan Peranti Dengan Rekaan Gelungsur Dan Empat Kamera Utama Comments Off on Paten Baharu Xiaomi Memperlihatkan Peranti Dengan Rekaan Gelungsur Dan Empat Kamera Utama 160

Bagi mendapatkan telefon pintar dengan paparan skrin penuh, Xiaomi sebelum ini pernah menggunakan rekaan kerangka jenis gelungsur untuk membolehkan kamera swafoto diakses pada model Mi MIX 3. Rekaan yang pernah dipopularkan oleh Nokia dan Sony Ericsson,  nampaknya sekali lagi akan diguna pakai pada peranti Xiaomi pada masa akan datang.

Maklumat terbaharu yang diterima telah mengesahkan perkara itu apabila paten terbaharu daripada Xiaomi telah berjaya didedahkan baru-baru ini. Melalui gambar tersebut, paten itu jelas memperlihatkan rekaan kerangka jenis gelungsur mirip Mi MIX 3, tetapi didatangkan dengan sokongan empat kamera utama.

Memandangkan tiada sensor pengimbas cap jari ditemui pada gambar tersebut, berkemungkinan besar ia akan menyokong paparan AMOLED dengna teknologi pengimbas cap jari dalam skrin, sama seperti Xiaomi Mi 9T. Selain itu, ia juga dipercayai hadir dengan USB Type-C dan juga tiada bicu audio 3.5mm disediakan.

Berdasarkan paten yang berasingan, Xiaomi juga dilihat turut mempatenkan rekaan bahagian bezel atas yang sedikit melengkung pada bahagian tengahnya. Tampil dengan rekaan unibodi, paten kedua ini menyaksikan sokongan tiga kamera yang disusun secara menegak. Sama seperti paten pertama, ia juga tidak tersedia dengan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend