Pasukan Yoodo Gank Menjuarai PUBG MOBILE Pro League (PMPL) 2020 Untuk Peringkat Asia Tenggara Comments Off on Pasukan Yoodo Gank Menjuarai PUBG MOBILE Pro League (PMPL) 2020 Untuk Peringkat Asia Tenggara

Yoodo yang merupakan telco pertama Malaysia yang menawarkan ciri 100% personalisasi data Internet, minit panggilan dan kuota SMS, baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan pasukan eSukan PUBG Mobile miliknya – Yoodo Gank telah berjaya menjadi juara PUBG MOBILE Pro League (PMPL) 2020.

Di dalam pertandingan untuk peringkat Asia Tenggara itu, Yoodo Gank telah berjaya menundukkan 15 lagi pasukan terbaik di rantau ini, termasuk pasukan dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan termasuk Malaysia.

Yoodo Gank yang dianggotai oleh empat pemain muda iaitu ManParang (Aiman Amirul) – Team Captian, Draxx (Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid) – Fragger, Fredo (Ahmad Fuad Razali) – Rusher, dan juga Jumper (Muhamad Izzrudin Hashim) – Scout.

Dengan kejayaan mendominasi pertandingan melalui pungutan skor keseluruhan 284 mata (perbezaan 97 mata dengan pemenang tempat kedua), Yoodo Gank mencatatkan 126 kills dan 5 kali Chicken Dinner. Ini telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM170,000.

Kejayaan epik ini sekaligus melayakkan Yoodo Gank untuk bertanding dalam pertandingan PUBG MOBILE World League 2020 Season 1. Dalam pertandingan peringkat dunia ini, Yoodo Gank akan mengibarkan bendera Malaysia bagi menentang pasukan terbaik antarabangsa.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend