Pastikan Anda Mendaftar Jaminan Waranti Tambahan 180 Hari Dengan Pembelian Siri Huawei P30 Comments Off on Pastikan Anda Mendaftar Jaminan Waranti Tambahan 180 Hari Dengan Pembelian Siri Huawei P30

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, setiap pra-tempah model Huawei P30 dan P30 Pro bukan sahaja akan menerima aksesori percuma yang menarik, tetapi anda juga akan turut menikmati jaminan waranti tambahan selama 180 hari secara percuma.

Huawei P30 dan P30 Pro sudahpun mula dijual secara rasmi bermula 6 April 2019.

Bagi anda yang telahpun menerima peranti tersebut, kini anda sudah boleh mendaftar dengan ‘PREMIUM SERVICE’ untuk menikmati jaminan waranti sehingga 18 bulan. Namun begitu untuk menikmati jaminan waranti tambahan ini, anda perlu mendaftar peranti yang dibeli itu bermula 6 April hingga 6 Mei 2019 nanti.

Pendaftaran untuk jaminan waranti tambahan boleh dibuat melalui aplikasi Huawei HiCare.

Proses pendaftaran boleh dibuat terus melalui aplikasi Huawei HiCare dan peranti yang telah berjaya didaftarkan akan boleh menikmati tawaran ini efektif dalam masa tujuh hari masa bekerja. Walau bagaimanapun, jaminan waranti tambahan ini hanya terhad untuk peranti sahaja dan tidak termasuk aksesori.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Baca juga:

Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend