Pasaran Telefon Pintar 5G Akan Cecah 160 Juta Unit Menjelang Tahun 2020, HUAWEI Terajui Pasaran Global Comments Off on Pasaran Telefon Pintar 5G Akan Cecah 160 Juta Unit Menjelang Tahun 2020, HUAWEI Terajui Pasaran Global 177

Strategy Analytics selaku pakar penganalisa pasaran, baru-baru ini telah mendedahkan laporan yang menyaksikan jualan telefon pintar 5G global bakal mencecah 160 juta unit pada tahun depan – sekiranya rangkaian 5G akan mula dikomersialkan di China seperti yang dijangkakan.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, HUAWEI diramalkan akan menjadi pilihan majoriti pengguna 5G di China, sekaligus berupaya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar terbesar global. Tidak dinafikan buat masa ini Samsung merupakan peneraju global 5G, tetapi buat masa ini ia memperolehi hanya 1% daripada perkongsian pasaran telefon pintar di China.

HUAWEI sebelum ini telah memperkenalkan Mate 20 X dalam versi 5G yang dikuasakan dengan cipset Balong 5000.

Ramalan ini dilihat mampu dicapai kerana China dijangka akan menjadi pasaran telefon pintar 5G terbesar dunia, dan jualan telefon pintar 5G di negara itu berpotensi untuk mencapai 80 juta unit menjelang tahun 2020 nanti.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 X 5G Merupakan Peranti 5G Global Yang Boleh Digunakan Di Banyak Negara

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend