Pasaran Kamera Mencatatkan Jualan Global Di Bawah 1 Juta Unit Sebulan Untuk Tahun 2019 Comments Off on Pasaran Kamera Mencatatkan Jualan Global Di Bawah 1 Juta Unit Sebulan Untuk Tahun 2019

Kemunculan telefon pintar boleh dianggap sebagai satu alat semua dalam satu, bahkan ia dilihat telah menggantikan pelbagai peralatan elektronik seperti alat navigasi GPS dan termasuklah kamera. Malah sejak kebelakangan ini juga lebih ramai daripada individu yang pergi bercuti telah menggunakan kamera pada telefon pintar untuk mengabadikan saat percutian mereka.

Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan oleh Persatuan Produk Kamera dan Pengimejan (CIPA) telah mendedahkan pengedaran kamera digital global untuk bulan Januari dan Februari 2019. Melalui perkongsian laporan itu, pasaran untuk kamera buat pertama kalinya mencecah jualan global di bawah 1 juta unit.

Laporan itu turut menyaksikan trend jualan global kamera yang dilihat telah mengalami penurunan jualan selama tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2017 hingga Februari tahun 2019. Selain daripada itu, jualan untuk lensa boleh-tukar (interchangeable) turut mengalami penurunan jualan yang agak banyak berbanding tahun sebelumnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend