Pas MyCity Diperkenalkan Untuk Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel, Dan BRT Comments Off on Pas MyCity Diperkenalkan Untuk Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel, Dan BRT

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini memperkenalkan pas MyCity – pas yang membolehkan orang ramai menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel, dan BRT dengan perjalanan tanpa had.

Pas ini ditawarkan bermula hari ini pada harga RM15 untuk 1-hari dan RM45 untuk 3-hari yang akan ditambat pada kad Touch n’ Go sedia ada. Sekiranya pengguna tidak memiliki kad, bayaran yang dikenakan pula adalah RM25 dan RM55 (tambahan sebanyak RM10) yang mengambil kira kos kad (RM5) dan wang minimum (RM5) untuk perjalanan.

Bagi pelanggan yang sudah melanggan pas My100, mereka tidak boleh melanggan pas MyCity ini. Sekiranya mahu juga melanggan pas MyCity, langganan 30 hari yang sedia ada perlu dihabiskan terlebih dahulu.

Prasarana berkata, MyCity Pass diperkenalkan atas permintaan pelancong antarabangsa dan pelanggan di luar Kuala Lumpur dan Selangor. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan Prasarana kepada industri pelancongan Malaysia.

Buat masa ini, pas MyCity tidak boleh digunakan untuk perjalanan menggunakan bas Rapid KL dan bas pengantara MRT. Bagaimanapun, pihak Prasarana sedang merancang untuk memperluaskannya pada masa akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend