Paparan Skrin OnePlus 7 Pro Mendapat Penarafan Tertinggi Daripada DisplayMate Comments Off on Paparan Skrin OnePlus 7 Pro Mendapat Penarafan Tertinggi Daripada DisplayMate

OnePlus telah menjadualkan pelancaran telefon pintar mercu siri OnePlus 7 pada bulan hadapan. Khabarnya peranti ini akan hadir dengan reka bentuk serba baharu termasuklah penggunaan kamera depan terangkat. Selain daripada itu, OnePlus turut mengesahkan bahawa mereka telah mengeluarkan kos penyelidikan (RnD) 3-kali lebih banyak berbanding pengeluar lain khususnya dalam pembangunan teknologi paparan skrin OnePlus 7.

Hari ini, usaha itu telah terbukti dan mendatangkan hasil apabila DisplayMate mengumumkan OnePlus 7 Pro sebagai telefon pintar dengan paparan skrin terbaik buat masa ini. Keputusan yang dikeluarkan ini adalah selepas DisplayMate Tech melengkapkan ujian terhadap skrin OLED yang digunakan pada peranti. Keputusan ini juga telah membawakan OnePlus 7 Pro kepada penarafan tertinggi A+ dalam aspek paparan.

Laporan sebelum ini juga telah menunjukkan OnePlus 7 Pro hadir dengan paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci melengkung dengan bingkai paparan yang minimal. Resolusi skrin pula menyokong sehingga QHD+ 3120 x 1440 piksel disamping sokongan kadar segar semula sehingga 90Hz.

Dengan keputusan ini, ia sekaligus telah menjadikan OnePlus Pro 7 Pro sebagai pemegang takhta terbaru menggantikan Samsung Galaxy S10 pada bulan lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend