Paparan ‘Multitasking’ Pada OPPO R15 Dan R15 Plus Dengan Nisbah Skrin 19:9 Comments Off on Paparan ‘Multitasking’ Pada OPPO R15 Dan R15 Plus Dengan Nisbah Skrin 19:9

Pada 8 Mac ini, OPPO dikatakan akan melancarkan dua model terbarunya dengan kemunculan model R15 dan juga R15 Plus di China. Sebelum ini pelbagai kebocoran berita mengenai model ini sudah tersebar secara meluas di Internet yang mana ia bakal membawakan skrin dengan rekaan takuk yang dikenali sebagai Super-Vision.

Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar sedia ada di pasaran yang menyokong nisbah skrin 18:9, siri OPPO R15 yang hadir dengan nisbah skrin 19:9 ini kelihatan sedikit lebih panjang. Malah baru-baru ini ada sumber dari blog mikro popular dari China dilihat telah berkongsi paparan multitasking pada model ini.

Apa yang pasti, rekaan skrin penuh mirip seperti iPhone X dengan nisbah yang lebih luas mampu memberikan kelebihan pada siri OPPO R15, terutamanya keupayaannya untuk mengoperasikan beberapa aplikasi secara serentak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend