Paparan AOD 3D Berwarna Akan Ditawarkan Pada EMUI 10.1 Untuk Siri HUAWEI P30 Dan Siri Mate 20 Comments Off on Paparan AOD 3D Berwarna Akan Ditawarkan Pada EMUI 10.1 Untuk Siri HUAWEI P30 Dan Siri Mate 20

HUAWEI sebelum ini telahpun mengumumkan kemas kini EMUI 10.1 buat pertama kalinya melalui pelancaran siri HUAWEI P40 yang berlangsung hujung bulan Mac yang lalu.

Antara fungsi menarik yang diperkenalkan termasuklah sokongan Always-on-Display (AOD) berwarna dengan ciri Micro-Stereoscopic yang menampilkan paparan AOD 3D.

Buat masa ini, fungsi baharu ini telahpun ditawarkan kepada pengguna siri HUAWEI P30 dan siri Mate 20 versi beta EMUI 10.1 di China, dan ia dipercayai akan turut ditawarkan kepada pengguna global pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend