Panel Skrin Dengan Rekaan Takuk Ala Titisan Air Untuk Telefon Pintar Misteri Keluaran Huawei Tertiris Comments Off on Panel Skrin Dengan Rekaan Takuk Ala Titisan Air Untuk Telefon Pintar Misteri Keluaran Huawei Tertiris

Hari ini Slashleaks yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan pelbagai peranti terbaharu yang masih belum diumumkan secara rasmi telah mendedahkan satu lagi kebocoran maklumat berhubung panel skrin milik peranti misteri Huawei.

Berdasarkan ketirisan imej yang dikongsikan, panel skrin ini telah disahkan milik peranti keluaran Huawei yang masih lagi belum diketahui modelnya. Apa yang pasti panel skrin ini menampilkan rekaan takuk ala titisan air mirip seperti model Huawei Mate 20 dan Mate 20 X, tetapi dapat disahkan ia bukan milik kedua-dua model itu berikutan saiz bezel bawah (dagu) yang agak tebal dengan cetakan Huawei dibawahnya.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat dapat dikongsikan berhubung ketirisan panel skrin misteri milik telefon pintar Huawei ini. Jadi kami akan mendedahkan maklumat yang selanjutnya apabila kami ada menerima kemas kini informasi berkaitan panel skrin ini nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend